Kewajipan Beradab dengan Keluarga




DEFINISI KELUARGA

  • Keluarga merupakan orang yang mempunyai pertalian darah atau persaudaraan dengan kita.
  • Sesebuah keluarga adalah sanak saudara, kaum kerabat dan saudara mara yang terdiri daripada ibu bapa, nenek, datuk, adik beradik, bapa saudara, emak saudara dan sebagainya.
  • Islam mewajibkan setiap muslim menjaga adab pergaulan dengan keluarga untuk menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.


ADAB BERGAUL BERSAMA KELUARGA

  • Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain.
  • Memberi salam dan bertanya khabar apabila bertemu.
  • Menziarahi keluarga agar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
  • Bermaaf-maafan jika melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan keluarga.
  • Bergaul dengan sopan dan menggunakan bahasa yang baik.
  • Sentiasa bermanis muka dan saling mempercayai antara satu sama lain.
  • Sentiasa membantu ahli keluarga yang memerlukan bantuan.

HIKMAH DAN AKIBAT MENJAGA ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA


HIKMAH 

  • Mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
  • Hubungan dan kasih sayang antara keluarga menjadi semakin rapat.
  • Jiwa menjadi lebih tenang dan tenteram.
  • Dikasihi dan dihormati oleh masyarakat.
  • Bantuan daripada keluarga dapat diterima lebih mudah.


AKIBAT

  • Hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang.
  • Hidup tidak akan diberkati oleh Allah.
  • Maruah keluarga akan tercemar dan hidup dalam kesusahan.
  • Keluarga terdedah kepada maksiat dan perkara yang mungkar.
  • Kerjasama antara keluarga akan terhapus.




SILA KLIK PAPARAN SLIDE 



klik sini untuk tonton 








MARI UJI MINDA ^_^

Comments

Popular posts from this blog

MUNAKAHAT

MUAMALAT

UJI MINDA